Masjid Sultan Singapura

Masjid Sultan Singapura 

Tak lengkap rasanya jikalau ke Singapura tidak berkunjung ke Masjid Sultan yang popular dan terletak sangat strategik di tengah-tengah tempat tumpuan pelancong. keluar saja pintu Masjid Sultan anda akan melihat dereta kedai murtabak dan briyani paling popular di Singapura iaitu zam-zam muratabak

Masjid Sultan di kala malam
Masjid Sultan inilah salah satu singgahan wajib aku setiap hari semasa bekerja di Singapura yang lebih tepat sekali di Bugis. Seusai saja tamat kerja aku sekitar jam 8 malam aku akan bergegas ke sana sekitar 10 minit berjalan kaki. Jalan yang pendek itu dirasakan sangat lama, mungkin atas kerahan keringat sepanjang hari nak melangkah ke sana terasa perit di kaki. Hampir setiap hari aku akan berjemaah Isyak di sana, selepas penat seharian bekerja.

Melangkah saja ke ruang Masjid Sultan ini akan ada satu perasaan yang sangat tenang dan hilang penat seharian bekerja. Saiz masjid ini tidaklah besar mana, besar lagi masjid-masjid di Malaysia tetapi kedamaian dan perasaan yang sangat hening amat memberikan kelazatan beribadah sujud pada yang esa. Tidak ada perhiasan yang terlalu memukau melainkan tinggalan sejarah para sultan terdahulu, tetapi masjid ini memberikan aku satu memori yang sukar untuk kulupakan.

Seusai Solat isyak, aku akan melepak santai dalam 10-15 minit kemudian barulah aku akan pulang ke tempat kerja untuk makan malam atau ke beach road makan malam di sana. 



Rauang dalaman Masjid Sultan 

Pada Tahun 2015 seingat aku semasa bekerja di Singapura, aku sempat merasai bagaimana syahdunya menyambut Ramadhan di Perantauan. 

Hahahahah

Gambar di bawah ini merupakan sedikit gambaran suasana Bazar Ramadhan di perkarangan Masjid Sultan. Antara makanan yang sangat popular dan beratur panjang adalah Nasi Padang dan Air kathira. Sangat kemas dan teratur dan paling utama adalah kebersihan yang sangat jauh dengan bazar ramadhan di Malaysiaku tercinta  
Bazar Ramadhan Masjid Sultan Singapura 


Inilah Singapore Zam-Zam yang sangat popular dan merupakan destinasi wajib untuk para pelancong bedal depa punya Murtabak, Nasi Briyani dan Sup Tulang Merah. Aku macam biasa akan lalu Restoran Zam-zam ini setiap hari untuk ke Masjid Sultan. Ironinya walaupun tiap-tiap hari melalui kawasan ini dan menyaksikan betapa restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung baik berkulit coklat, putih dan sawa matang sesekali semacam ada pengambaran untuk stesyen TV disitu tetapi aku sekali pun tak pernah singgah untuk makan atau minum Singapore Zam-Zam Original 

Hahahahahah

Popular posts from this blog

Bendera Johor Berkibar di Singapura

Tol Malaysia Vs Tol Singapura

2 Gambar Suasana Malam di Singapura