Masjid Bawah Tanah Dan Institusi Wakaf

Setiap orang yang sering berkunjung ke sesuatu tempat khususnya luar negara, ada beberapa kecenderungan kepada beberapa perkara yang menjadi keutamaan. Ada yang fokus kepada tempat untuk membeli belah, ada yang tumpu kepada alam semulajadi, dan tak lupa menjadi pemburu makanan a.k.a food hunter. Tapi untuk aku sangat berbeza dengan orang lain. Tak ramai yang mempunyai kecendurangan seperti aku.

Iaitu berkunjung ke tempat bersejarah dan masjid. Bila berkunjung ke tempat sebegitu, aku seorang saja gembira bukan kepalang. Menyelusuri segenap penjuru dan ruang cuba kembali ke dimensi lampau bagaimana kehidupan mereka tika itu. Perasaan puas bercampur gembira melihat warisan peninggalan lampau begitu mengujakan. Perasaan itu tidak pernah luntur dan jarang sekali menghampakan. Keterujaan  untuk berkunjung di tapak warisan sejarah sentiasa ada pengajaran baru dan menyegarkan kembali langkah dalam kehidupan

Benarlah,
Sejarah itu hidup dan tidak akan mati
 

Antara tempat menarik di sini ialah Masjid Maulana Mohamed Ali

Masjid Bawah Tanah Singapura
Lokasi yang sangat strategik di tengah-tengah bandara metropolitan Singapura di kawasan yang sama letaknya bank terkemuka HSBC. Anda semua boleh bayangkan berapakah harga tapak kawasan tersebut. tentu bernilai jutaan ringgit. Stesen MRT yang berhampiran adalah Raffles Place dan perlu sekitar hanya 10 minit berjalan kaki.


Papan Tanda Masjid Moulana Mohamed Ali

Tanpa keikhlasan pemilik tanah ini untuk mewakafkan tanah yang sangat strategik dan bernilai tinggi untuk agama, saya yakin tidak akan wujud masjid ini di tengah-tengah kemajuan kota Singapura.

Ruang Dalaman Masjid Maulana Mohamed Ali
Aku yakin, pembangunan ummat ini bukan terletak di atas institusi kerajaan semata. Tetapi umat ini harus membangunkan setiap institusi yang bebas dari pengaruh kerajaan dan digerakkan oleh institusi wakaf. Pengajian ilmu di universiti dan institusi masyarakat mestilah dibangunkan setiap ummat, keperluan masyarakat digembleng tenaga bersama barulah umat ini akan kuat tanpa bergantung dengan mana-mana pihak.

Cuma agak terkilan aku tidak dapat berkunjung ke sini semasa bekerja di singapura, sebaliknya selepas aku berhenti baru berpeluang ke sini

Popular posts from this blog

Tol Malaysia Vs Tol Singapura

2 Gambar Suasana Malam di Singapura

Makan-makan Parit Raja Leezo Container