Posts

Showing posts from September, 2017

Pilihanraya Singapura 2015 antara PAP dan Workers' Party

Image
PAP merupakan parti pemerintah Singapura  semenjak pemisahan dengan Tanah Melayu sekitar 60 tahun dahulu. PAP  berjaya memodenkan negara Singapura jauh lebih maju dan tersusun meninggalkan seteru utama jirannya di utara negaranya iaitu Malaysia. Cukup sekadar perbandingan pengangkutan awam di Singapura maka kita sudah tahu betapa jauhnya negara tersebut meninggalkan kemajuan Malaysia sekitar 5-10 tahun ke hadapan. PAP poster  Bersih Dan Selamat Itulah 2 perkataan yang pasti akan diungkapkan oleh hampir setiap pelancong yang telah mengunjungi negara pulau tersebut. Baik, di taman mahupun di stesen MRT serata bandar sangat sukar untuk melihat sampah ataupun benda-benda yang kotor di tepian jalan. Kejayaan ini banyak dibantu dengan pelaksanaan undang-undang yang sangat ketat. Bahkan anda semua boleh saja di saman hanya kerana makan gula-gula getah. Gambar-gambar ini aku ambil sekitar tahun 2015 ketika masih bekerja di Singapura . Selepas tamat waktu bekerja, pasti akan