Jalan Singapore Little India

Aku pernah bekerja di Singapura, Orchard secara tepatnya di kedai Nana Teh Tarik tak silap. Senang cerita kerja mamak la. Kerja sebagai 'all rounded'. Mana yang kosong aku kena buat, kalau ad kosong basuh pinggan aku basuh. kalau tak cukup orang ambil order aku ambil order. Yang bikin air cuti, aku cover.  Macam tu la kerja aku. mula jam 7 petang sampai la 7 pagi. aku tak berapa suka sebenarnya kerja malam, sebab ianya telah melanggar fitrah manusia yang biasanya tidur malam. Jadual hidup akan berubah dan kesihatan badan juga akan mengganggu. Gaji aku masa kerja tersebut adalah 48 Singapura Dollar. balik kerja terus dapat. Tempat tinggal yang majikan aku sediakan terletak di Litte India. Maka, Masjid Abdul Ghaffour inilah tempat aku sering juga habiskan masa. Tempat tinggal panas nak mati, lepas mandi siap-siap dan makan aku akan terus menuju ke masjid ini untuk tidur. 

Hahahahahaha



Masjid ini agak cantik, terutamanya di malam hari , dengan limpahan cahaya lampu menyerlahkan lagi senibina dan kehalusan binaan masjid ini. 


Popular posts from this blog

Tol Malaysia Vs Tol Singapura

2 Gambar Suasana Malam di Singapura

Makan-makan Parit Raja Leezo Container