Posts

Bugis Street Singapura

Image
Bugis Street antara tempat popular yang sentiasa dipenuhi pengunjung tak kira masa dan hari. Sentiasa ramai manusia dari segenap pelusuk dunia. Siang ke malam ke ramai juga. Dekat Singapura tiada pasar malam pacak payung macam di mana-mana negara asia tenggara lain, jadi bugis street macam pasar malam juga la. Meriah dan hidup gemerlap dengan warna kulit pelbagai bangsa dan negara


Banyak gerai yang menjual pakaian dan cendermata yang sangat sesuai untuk dibawa pulang. Antaranya key-chain dan baju. Sukar juga untuk tawar-menawar, aku rembat key-chain 3 keping. 3 keping 10$ dolar.

Ini antara destinasi pada yang suka membeli belah, dan mencari kemeriahan malam singapura. Dibuka sekitar jam 10 pagi, mula jam 3 petang sudah mula bersesak-sesak penuh dengan manusia. Untuk aku yang berpoket nipis ini, tengok saja la. hahaha

Tol Malaysia Vs Tol Singapura

Image
Ini adalah tol Singapura a.k.a Electronic Road Pricing (ERP) yang aku ambil gambarnya tak silap pada tahun 2015 semasa aku bekerja di Singapura : 
- Tiada siapa jaga
- Tiada palang
- Tiada lampu isyarat
- Tiada smart tag atau Touch n Go

Macam mana kaedah membayar tol?
Jika anda perasan papan tanda bertulisan ERP itulah yang akan mengesan kenderaan lalu lintas dibawahnya. Setiap kenderaan yang mempunyai alat semacam SMART TAG akan secara automatik mengesan mesin ERP di atasnya dan secara automatik tol akan dibayar terus tanpa perlu beratur panjang atau stress sepanjang kesesakan di plaza tol


Gambar di bawah antara contoh kaedah ERP ini berfunsi. Mudah dan pantas


Jika anda sekilas pandang seolah-olah mesin ERP itu tidak berfungsi. Ya benar, penglihatan anda tidak salah kerana lansung tiada paparan kerana Tol ERP ini hanya berfungsi ketika waktu puncak. luar waktu puncak ianya akan dimatikan. Ini antara benda yang saya kagum dengan kerajaan Singapura yang begitu menggalakkan penggunaan …

Masjid Sultan Singapura

Image
Tak lengkap rasanya jikalau ke Singapura tidak berkunjung ke Masjid Sultan yang popular dan terletak sangat strategik di tengah-tengah tempat tumpuan pelancong. keluar saja pintu Masjid Sultan anda akan melihat dereta kedai murtabak dan briyani paling popular di Singapura iaitu zam-zam muratabak

Masjid Sultan inilah salah satu singgahan wajib aku setiap hari semasa bekerja di Singapura yang lebih tepat sekali di Bugis. Seusai saja tamat kerja aku sekitar jam 8 malam aku akan bergegas ke sana sekitar 10 minit berjalan kaki. Jalan yang pendek itu dirasakan sangat lama, mungkin atas kerahan keringat sepanjang hari nak melangkah ke sana terasa perit di kaki. Hampir setiap hari aku akan berjemaah Isyak di sana, selepas penat seharian bekerja.
Melangkah saja ke ruang Masjid Sultan ini akan ada satu perasaan yang sangat tenang dan hilang penat seharian bekerja. Saiz masjid ini tidaklah besar mana, besar lagi masjid-masjid di Malaysia tetapi kedamaian dan perasaan yang sangat hening amat mem…

Bendera Johor Berkibar di Singapura

Image
Jika berkunjung ke Singapura antara destinasi utama pasti adalah Universal Studio Singapore ataupun lebih dikenali sebagai USS. Hampir 90% yang ke wilayah selatan negeri Johor itu pasti diletakkan USS sebagai nombor wahid destinasi utama. Kemudian ke garden by the bay dan juga Merlion Park. Ironinya, aku walaupun bekerja di Singapura tidak pernah sekali pun berkunjung ke tempat tumpuan pelancong tersebut. Entahlah, aku seakan-akan tiada keinginan untuk ke sana. Jikalau duit berkepuk tidak mengapa, tapi memikirkan wang poket ini masih nipis aku tangguh dulu hajatku.

Entah kenapa aku seakan-akan tidak tertarik untuk berkunjung ke tempat sebegitu. Seakan-akan tempat tersebut tiada roh dan jiwa. Kaku dan kosong tiada apa yang mahu dihayati. Jadi, untuk orang seperti aku tempat bersejerah adalah tempat yang akan aku kunjungi. Orang lain akan bosan semestinya, tetapi aku akan gembira bukan kepalang apabila mengunjungi tempat tersebut. Destinasi aku adalah Masjid Temenggung Daeng Ibrahim Joh…

Masjid Bawah Tanah Dan Institusi Wakaf

Image
Setiap orang yang sering berkunjung ke sesuatu tempat khususnya luar negara, ada beberapa kecenderungan kepada beberapa perkara yang menjadi keutamaan. Ada yang fokus kepada tempat untuk membeli belah, ada yang tumpu kepada alam semulajadi, dan tak lupa menjadi pemburu makanan a.k.a food hunter. Tapi untuk aku sangat berbeza dengan orang lain. Tak ramai yang mempunyai kecendurangan seperti aku.

Iaitu berkunjung ke tempat bersejarah dan masjid. Bila berkunjung ke tempat sebegitu, aku seorang saja gembira bukan kepalang. Menyelusuri segenap penjuru dan ruang cuba kembali ke dimensi lampau bagaimana kehidupan mereka tika itu. Perasaan puas bercampur gembira melihat warisan peninggalan lampau begitu mengujakan. Perasaan itu tidak pernah luntur dan jarang sekali menghampakan. Keterujaan  untuk berkunjung di tapak warisan sejarah sentiasa ada pengajaran baru dan menyegarkan kembali langkah dalam kehidupan

Benarlah,
Sejarah itu hidup dan tidak akan mati


Antara tempat menarik di sini ialah Ma…

Makan-makan Parit Raja Leezo Container

Image
Aku jarang pergi tempat hipster atau tempat  yang trending untuk makan. Poket tak tebal dan sentiasa aku cuba pastikan setiap kali makan tidak akan lebih dari duit merah sekali makan siap air. Tapi disebabkan ada kawan aku nak belanja, jadi aku pun pergilah ke Leezo Container di Sri Gading.
Suasana Dan Kemasan 
Leezo berjaya memberikan 'First Impression' yang menakjubkan. Suasana yang ceria dan santai tidak terlalu padat dan riuh. Kelihatan ramai yang membawa keluarga dan semestinya kanak-kanak paling gemar makanan bertemakan masakan barat ini. Warga emas turut kelihatan makan disini walaupun kebiasaannya makanan bertemakan 'hipster' sinonim dengan orang muda. 
Service 
Ternyata walaupun hampir keseluruhan meja dipenuhi pelanggan, meja sentiasa kemas dan service crew sangat pantas mengambil pesanan. selang berapa minit makanan sampai dan tidak perlu menunggu lama. 
Kualiti Makanan dan Rasa
Aku boleh berikan 4.5/5 bintang untuk makanan disini. Sedap, harga berpatutan dan …

Malaysia, 1MDB dan Singapura

Image
Aku mula melihat permasalahan 1MDB ini pada tahun 2015. Pertama sekali tak silap aku terbaca di blog tuan A.Kadir Jasin. bercerita tentang permasalahan 1MDB ini ada potensi untuk menjadi punca 'Systemic Risk' kepada ekonomi Negara Malaysia. Aku bukanlah pakar ekonomi melainkan hanya seorang rakyat marhaen yang cintakan negara.

Ini adalah keratan akhbar Straits Time Singaoore  pada tahun 2015 aku ambil semasa kerja di Singapura. Dan sekarang sudah 2017 ternyata penyangak yang menjahanamkan negara masuh gembira dengan wang tersebut berfoya-foya bersama artis Hollywood